RSS

karangan darjah 3

tetiba ak terkenang kn zaman sekolah rendah. so mlm ni ak nk bt satu karangan. tajuk karangan sy, 'KAWAN BAIK SAYA'.


Saya ada ramai kawan baik. nama mereka ialah NOOR HAZWANI, FARAHIYAH, NUR FARISSHA dan NUR FADZLIN NUR'AIN. Saya suka berkawan dengan mereke kerana mereka sangat baik dengan saya. Mereka selalu ada pada waktu saya susah, dan senang. Mereka selalu membuat saya ketawa hingga sering melenguhkan urat perut saya dengan telatah mereka yang gila-gila dan bak kata Farissha, 'kawan awak ni lucu la'.


Kawan saya yang pertama ialah NOOR HAZWANI. Nama penuh terpaksa dirahsiakan. dia ialah rakan bilik saya. orangnya sudah berpunya. hehe.. dia berasal dari pontian, johor. dia ibarat kakak saya. dia banyak menjaga saya di sini. dia sentiasa ada pada saat2 saya memerlukan seseorang. kami banyak persamaan hingga kan , senior memanggil kami berdua kembar. kami seperti belangkas,jika saya hilang, cari la dia, pasti saya ada bersamanya,




Kawan saya yang kedua ialah FARAHIYAH. dia juga sudah berpunya. dia kak ngah saya disini. orangnya kecil molek, dan sering terlupa makan ubat sehingga selalu mencetuskan kontroversi dalam bilik ini. kerja part time kakak saya ini ialan ym dengan abang ipar dan bergayut pada dahan-dahan telekomunikasi. saya suka dia kerana dia selalu belikan saya sosej bakar, hehe, tak lah, saya suka dia kerana dia sangat lurus orang nya. so hobi saya ialah menyakat beliau.


Seterusnya ialah FADZLIN atau nama glamour nya ialah LYNNE. tapi baru-baru ini saya telah menemukan satu nama baru buat beliau. 'LYNNE THE TEENAGE WITCH!' wakakaka. habis lah saya selepas artikel ini tersiar di laman blog. saya suka gayanya yang SANGAT GILA. dia tak pernah memikirkan pandangan orang yang sering melihatnya dengan pandangan yang pelik. bagi orang yang tidak mengenali beliau, pasti merasakan beliau seorang yang sombong. tapi sebenarnya TIDAK! beliau adalah teman yang sangat memahami, open minded, tak kedekut. hihi saya selalu paw beliau makanan dia mall atau NELSON. beliau juga merupakan teman yang sesuai utk hang out atau erti kata lebih mudah, untuk melalak, atau shopping. saya suka tengok dia bercakap. macam bullet train, bila dah mula, tak pandai noktah. beliau juga teman yang akan saya cari bila saya ada masalah. kerana dia sering memberikan kata semangat. dia selalu buli saya, dia selalu tampar saya. sakit. bila saya kena buli oleh beliau, saya pasti membuat laporan pada buah hati saya. hihi. then buah hati saya akan kata, 'balas lah balik'/. huhu. kalau awak nak tahu, dulu masa matrik, saya tak suka akan beliau yang poyo dan sengal. oops! hehe. tapi sekarang, saya sangat bertuah ada beliau sebagai teman.


Akhir sekali, teman saya dari sarawak. FARISSHA. comel tau kawan saya yang sorang ni. orangnya sangat manja. even saya ada kakak-kakak disini, tetapi farissha ni macam adik kami disini. telatah nya sering memecahkan tawa kami. dia suka tidur dengan lappy terbuka dan headphone dengan lagu terpasang sepanjang malam. dia ada impian. impian nya adalah menjadi anak raja. awek sorang tu telah berjaya melalui pelbagai pengalaman pertamanya semenjak mengenali saya dan waniey, antara nya ialah pertama kali menyanyi di KARAOKE BOX, tidak sikat rambut dan pelbagai lagi.



untuk semua kawan-kawan saya, terima kasih untuk persahabatan yang amat berharga ini. saya sayang kamu semua. kamu adalah harta yang amat bernilai dalam hidup saya. sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Saladin15 said...

suma dh brpunya ka?? huh melepas den...:p