RSS

looking for a bright future

.:SALAM:.

hi semua. salam petang jumaat.

ni nak cerita kisah semalam.

semalam keluar ke jitra dengan my BFF, lyne. tujuannya hanya untuk meronggeng.. sampai je jitra terus serbu karoke baru kt atas cmart. terbaekkk ko. touch screen gitu.. habiskan masa 2jam sampai serak tekak. sedap tak sedap belakang kira asal hilang tekanan. tak sedar diri yang exam belum tamat.

habis karoke, singgah makan kt kedai Musri. dah lama tak makan masakan kampung. teringat zaman sekolah. lunch dengan sarah. miss u darling!

next station, AVON, then MAYBANK. On the way ke MAYBANK tu lalu depan kedai alat music. terdetik di hati nak tanya pasal kelas piano. yelah, dh lama pasang niat nk belajar piano. malu juga awal2 tu sebab rasa tua plak br tergedik nk amik kelas. not bad la yuran. RM60 per month. naik level br naik yuran. dalam hati dh berberbunga ceria. so tahun depan saya akan mula belajar piano dengan gigih! :PP

tu satu, then di MAYBANK ak clear kan beberapa perkara. thanks to PUAN NORSIAH kerana dengan sabar melayan karenah ak dan lyne :PP . dalam hati ak pikir, kalau ak kena praktikal sorang2 d kl, baik ak praktikal d MAYBANK jitra je. tengok la rezeki nanti.. heeee

jap3... apa kaitan entri dengan tajuk ak di atas sinun???

ada pe, pasal kelas piano, pasal maybank. lalala... okey serius, tak lama lagi dah nak genap 21tahun ak bernafas atas muka bumi ni, InsyaALLAH. bermaksud ak akan melangkah ke satu fasa lagi alam kehidupan. ak mula memikirkan apa yang ak nak dalam hidup ni, SECARA RASIONAL. yelah, masa sekolah rendah cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar, ak jawab, 'pramugari atau bisneswoman'.kemudian besar sikit bila diaju soalan yg sama ak jawab 'akauntan'. now bila di universiti, melalui jatuh bangun seorang remaja, ak punya jawapan sendiri. ak mahu jadi wanita cemerlang dalam hidup, peduli apa orang fikir selagi apa yg ak lakukan tak menyalahi agama dan undang2. ak mahu jadi wanita yang bekerjaya, keluarga jadi keutamaan, wang ringgit perkara kedua. apa guna banyak harta tapi keluarga terabai. apa guna kereta besar tapi bisa membahayakan diri sendiri. mengundang pandangan penyagak2.
so, siapa tahu apa ak akan jadi. siapa tahu andai ak bermula sebagai kerani ak mungkin naik menjadi pengurus. ak bermula sebagai makan gaji, ak mampu mengorak langkah membuka perniagaan sendiri. yang pasti, impian ak suatu masa dulu menjadi pemangkin ak mencapai sesuatu yang ak inginkan dalam hidup. i'm looking for a bright future..

ak mahu menjadi insan biasa, tapi multi-talented. sebab tu ak belajar pelbagai kemahiran. buat masa ni ak tahu menjahit, menunggang kuda, menari dan beberapa kemahiran lain. lepas ni belajar bermain alat musik dan mungkin juga berbahasa asing. seronok menghabiskan masa dengan aktiviti sebegitu. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY. ALWAYS FORGIVE, NEVER FORGET.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Pja Ismail said...

mimi tau menari? grr, jeles! T__T'
nak menari jugak tapi keras oh. malu oh. T__T'

princess hearty said...

skolah rendah dulu menari. then masuk u pun amik tarian.. yg biasa2 la.. huhu...

Anonymous said...

Dkt mna klas piano tu mimi? Nk msuk jugakk. Brp yuran?