RSS

first trial : puding karamel

salam bloggers..

macam mana dengan puasa kalian? jangan over tau bila berbuka tu. nanti tersangkut pula bila nak solat terawikh tu.. bercakap pasal bulan Ramadhan ni kan, ini la time ramai antara kita yang akan berusaha mendapatkan makanan kegemaran.macam ak juga la. wajib dapat PUDING KARAMEL! al-kisahnya, ak mula minat makan puding ni masa menuntut di matrikulasi. disebabkan permintaan yang tinggi, selalu tak sempat nak beli. bila masuk universiti, tak ada sangat peniaga yang jual. kalau ada pun alahai halusnya., tapi harga? RM2.50 okey.. this year, ak tercari-cari kat mana nak beli puding ni. sampai la satu seruan yang mengatakan, why not ak
buat sendiri. so ak pun google la resipi.. so ni ak share dengan readers semua yang sudi singgah
blog ni, cara untuk buat puding karamel~!


BAHAN-BAHAN :

A) 1 CAWAN GULA
1 CAWAN AIR


B) 4 BIJI TELUR
1 TIN SUSU SEJAT
1 SUDU TEH ASEN VANILA
1 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD
1 SUDU BESAR GULA
sedikit mentega untuk sapu dalam acuan

CARA - CARA :
1 : cairkan 1 cawan gula dengan api yg perlahan. jaga-jaga jangan sampai gula tu hangus.. agak dan naik warna coklat tu, masukkan 1cawan air. be careful masa nak masuk air tu sebab nanti gula tu macam meletup sikit. then tetiba gula tu jadi keras!
2 : besarkan api dan kacau sampai gula tu kembali cair. bila semua dah sebati, tuangkan gula tadi dalam acuan yang dah disapu mentega. ketepikan.

3 : untuk puding pula, masukkan telur la pukul hingga sebati. make sure tak naik buih ye..
4 : masukkan gula, esen vanila dan pukul rata.
5 : masukkan tepung.
6 : bila semua bahan tu dah sebati, korang boleh tapis or guna sudu pun takpe untuk buang buih2 dan tepung yang berketul di permukaan adunan tu.
7 : selesai, tuang adunan dalam acuan tadi dan kukus untuk 25 minit.

taadaaa~!
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: