RSS

kesedihan

salam

ini adalah sesi luahan perasaan. silakan pening dengan citer yang tunggang langgang. ak hanya menaip mengikut apa yg terlintas tanpa semakan kedua.

ahad ak akan start exam. basic econometric. pagi dapat panggilan dari mama dah yang apak tenat. mama dh berubah raut wajah. nak balik pahang pun apak still kt hospital putrajaya. nak bawak balik ke phg pun doc tak advise sangat. so kami hanya menanti sebarang berita. ak menangis seharian. petang ayah hantar balik ke uum. setiap kali pandang mama, ak tak sanggup. tengahari mama ada cakap kalau dia mati takde sapa nak uruskan. ak terasa. ak ni siapa?? macam ak ni tak layak and tak berguna. luluh nya hati ALLAH je yang tau. lepas isyak tadi pun mama call. mama suruh baca yassin untuk apak. and dia ada pesan kalau jadi pape kat dia, buat benda yang sama. sekali lagi ak menangis. Tuhan, dugaan apa ni.. ak nak exam. kenapa emosi ak diuji sebegini rupa. ak mesej mama jangan buat ak macam ni. study ak dah mula tunggang langgang. mama balas, suruh ak fokus. dengan kejayaan ak je boleh gembira kan dia. dia sedih sebab apak terlalu baik tapi terpaksa lalui ujian yang berat ini (cancer).

sedar lah ak yang selama ni ak dh banyak buat kan mama sedih. banyaknya dosa ak kt mama. bukan ak tak nak dapatkan result yang elok. tapi setiap semester nasib tak menyebelahi ak. setiap semester result ak jatuh. setiap semester apa yang ak buat serba tak kena. ak takut kisah yang sama berulang untuk semester ni.. ak tak sanggup...

ak tak tau mana nak cari kekuatan dan semangat ak balik. ak mesej prince hearty tanya kalau ak keluar dengan dia esok, ak boleh dapat tak nokia c3 tu. (dia janji nak hadiahkan sempena birthday). tapi dia cakap tak boleh sebab bill tak clear lagi. so takpe la. tak jadi la keluar. berkurung la ak kt uum mengadap nota2. actually bukan ak nak sangat c3 tu esok. tapi bila tekanan mcm ni ak seolah2 mencari sesuatu yang blh buat ak happy balik. tapi nak buat mcm mana, takde rezeki lagi...

dalam solat, ak minta diberi kekuatan untuk hadapi semua ni. takkan ak nak hampakan mama lagi. rasa malu plak nak minta hadiah tahun ni.. memang takkan minta pape kot.. dah cukup dengan apa yang ak dapat selama ni... sempurna.

semoga segala urusan ak dipermudahkan. ak mampu lakukan yang terbaik dalam exam ak nanti. tak mampu tersungkur lagi... biar la ak gembira kan mama and ayah. tak mampu melihat kesedihan mereka lagi....

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: