SaLaM
wahhh.. berhabuk sudah teratak ku ini.. new year pun dah seminggu lebih. heee.. syukur masih diberi kekuatan untuk terus berbakti atas muka bumi ini...
happy 21st birthday to me!!! walau lambat, tapi ak nak wish jugak! sweet 21st gitu.. tanpa sedar yang sebenarnya hidup kita semakin pendek. tahun ni sambut biasa je. kebetulan family melaka datang. walau ak sakit hati, tapi berterima kasih jugak sebab still datang untuk kongsi kegembiraan ak. hadiah?? hm.. mama beli jubah, ayah still kiv sebab nak cari time ke macau nanti. si dia pula tunaikan impian ak untuk memiliki nokia c3. agak wink2 disitu.. :))
new year, tak sambut pun. rasa tak perlu. bila pikir balik, remaja sekarang lebih obses sambut new year instead of awal muharram. sedangkan awal muharam itu waktunya untuk memperbaharui buku amalan. ada tu tak ingat langsung bila awal muharam.. subhanallah...
hmm.. now ak di uum. menyelesaikan tugas yang belum selesai. tamat juga tugas ak selaku JPM DPP. walau ak telah bergelar mantan, pasti ak akan terus membantu para pemimpin2 baru. tak nak jadi macam yang lepas. biarkan kami terkontang kanting. biarkan kami terus berpecah..
2011... banyak perubahan yang berlaku. baik di universiti mahupun kepada diri ak sendiri. baik soal cinta atau pelajaran. yang pasti ak takkan mengutamakan cinta. secara jujur, cinta tak lg bertahta di hati. ak lebih senang sendiri. tak perlu memikirkan orang lain. ak juga mampu mempertahankan prinsip hidup. sebab now ak rasa serabut sangat bila ak perlu mengikhlaskan hati untuk menerima seseorang yang semakin jauh dari hati. ni la akibatnya bila terlalu banyak termakan budi. rasa berat hati dan bersalah untuk menarik diri dan menghancurkan hati..
2011.. ak akan cuba menunaikan setiap azam yang ak dah buat. apa azam itu, biar menjadi rahsia ak.. tak susah tapi tak juga mudah. yang penting sejauh mana ak memegang kukuh prinsip hidup ak. kerana ak sedar, gagal ak selama ini bukan kerana ak bodoh tapi kerana ak malas untuk berusaha. dan 2011 akan menyaksikan perubahan ketara dalam hidup ak... wish me luck everyone.!
1 comments:
gud luck mie..
and happy belated besday.. miss u a lot!!
Post a Comment