RSS

antara tanggungjawab dan impian



AS-SALAM

hello readers. :)) mood untuk menulis sedang membuak-buak. so kali ni nak menulis soal dilema yang ak sedang lalui.
tahun ni tahun akhir ak belajar. tahun depan ak akan lalui tempoh praktikum selama 4bulan. selasa ni akan ada sesi pendaftran praktikum yang mana ak kena maklumkan bandar mana yang ak pilih untuk buat praktikum tu nanti. dan disinilah dilema ak bermula.

kawan-kawan ramai yang tahu ak anak tunggal mama dan ayah. ramai yang sedia maklum fiil anak tunggal ni. manja, tak boleh pisah dengan mak ayah, etc. impian ak adalah nak membina kerjaya di bandar-bandar utama. macam KL. even felo ak, (antara orang kuat di CUIC- centre of university industry collaboration) turut mencadangkan yang pilih KL. masalah sekarang, mama tak nak lepaskan ak ke KL. bahaya katanya. living cost yang tinggi lagi. so, WHAT SHOULD I DO NOW?
ak ambil masa untuk muhasabah balik. puas ak tilik, godek, segala faktor. kalau ak keja/praktikum KL, ak kena tanggung kos makan, penginapan, tranport ke tempat keja. tapi kalau ak pilih kedah, tak payah risau semua tu. plus, boleh la kalau nak menabung.

lagi pula, praktikum tak boleh apply cuti sesuka hati. 4 bulan, 4bulan la tak boleh menggedik dengan mama. THAT IS SOOO UNCOOL!

selepas meneliti semua faktor-faktor diatas, maka dengan ini, saya memutuskan untuk memilih berada di bawah ketiak mama-ooops!

ok, ramai yang akan pertikai. tapi bila fikir balik, ramai yang nak berada dekat dengan ibu bapa tapi tak dapat peluang. time belajar jauh, kerja jauh, dah kahwin pun kena duduk jauh. ak pula, sekolah dekat, uni pun dekat. kalau ada peluang kerja sebelum kahwin, biarlah ak dekat dengan mama dan ayah ak. biar ak laksana kan tanggungjawab ak sebagai anak selagi ak masih belum berpunya secara sah. diorang pun bukan muda lagi. tak ada siapa yang boleh tolong tengokkan. saudara mara ak jauh. semua belah KL, KUANTAN, MELAKA. kami je yang sesat ke kedah. hati pun dah tertaut dengan negeri jelapang padi ni. kalau ak jauh, sakit pening diorang siapa nak jaga??

lain orang lain pendapat. so ini pendapat ak. pape pun, ak percaya pada rezeki ALLAH. kalau dia takdirkan ak ke kL, so KEY ELL la ak..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

budi bahasa budaya kita



AS-SALAM
hello everyone. salam jumaat, salam penghulu segala hari.

okey. satu lagu entry panas. panas ke? tak kisah la. yang penting ak mengekspresikan perasaan hati ak.

here is the situation. korang ke kedai. kem
udian ada sorang pelanggan. muka ala-ala 'saya pelanggan, so ikut cakap saya'. dia tanya sesuatu kat sales person. muka kelat. apa perasaan korang?
jawapan ak :

weh, ko manusia, sales person tu pun manusia. tak boleh ke ko ramah sikit? tak boleh ke ko senyum sikit?? ko ingat muka ko lawa sangat ke dok masam2, berlagak macam tu?? silap2 ko makan sumpah seranah dalam hati dari orang tu.

apa faedah ko dapat dok buat berlagak tak tentu hala macam tu? tau la ko tu customer, which is always right. tapi kalau ko buat baik, ramah dengan orang, orang pun ikhlas nak membantu ko. ni tak. muka nak act sokmo. buat macam yang menjual tu hina sangat. or tak setaraf dengan ko.

pada ak, buat apa kaya kalau budi bahasa korang miskin. orang nak tambah kawan, supaya sentiasa didoakan baik2, ni tak, buat tambah modal orang mengata dan mengumpat. suka??

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)

so ingat la. hidup ni macam roda. hari ni kita di atas, suatu ketika kita akan berada di bawah. saat kita berada di atas, jangan lupa untuk tengok orang yang berada di bawah. mungkin mereka memerlukan pertolongan kita..

tak selamanya kita hidup menongkat langit. siapa pun kita di dunia, kita sama disisi ALLAH SWT..

p/s : saya tak baik, tapi saya cuba memperbaiki kelemahan diri...



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RAKYAT MALAYSIA DAN MENTALITI


SALAM

first of all, as a disclaimer : apa yang ditulis adalah KOMEN aku sendiri. berdasarkan apa yang ak lihat dan ak alami. jangan nak kata ak menjatuhkan maruah bangsa or negara sendiri. tapi sebab ak sayang negara ak la ak luah. sekian.

tudiaa... bunyi serius je kan.. well, mmg serius. ak sedih kenapa mentaliti rakyat Malaysia sampai macam ni.

SAMPAH

yang ni yg paling teruk. tgk gambar pun jadi lah. susah sangat ke nak buka penutup tong tu? tak busuk pun. mencacatkan pemandangan dok letak plastik air tu ATAS tong sampah. yang second tu plak, apa punya pemalas la yang tak boleh nk berjalan 5LANGKAH untuk ke tong sampah. ak tak tau nak salah kan siapa. tapi kalau kawan2 ak tau perangai ak kalau diorg buang sampah merata. mama ak sanggup tilik tangan ak dengan lilin masa ak kecik2 dulu bila nampak ak buang sampah merata.

ak pernah travel ke luar negara. jauh beza dengan malaysia. tengok negara jiran Singapore pun jadi la. negara kecik, tapi nak jumpa sampah pun susah. rumput tu siap boleh baring lagi. tapi kalau Malaysia? taman permainan kanak2 pun dah macam tempat pembuangan sampah. salah siapa?? masa sekolah cikgu ajar ak rasa.

bayangkan tempat yang terang2 dah gtau JANGAN BUANG SAMPAH DISINI. tapi tempat tu jugak la berlungguk sampah. aik? buta hurufkah manusia tersebut??




MASA

yang ni satu hal lagi. jarang sangat ak dapat attend event yang betul-betul mula ikut masa. dah la ak ni malas nak menunggu. especially bila ak kena tunggu orang. tapi orang sekeliling ak suka sangat buat ak tunggu diorang. eh hello,, ko ingat ko puteri ke nak ak tunggu ko?? ni pun perangai yang ak warisi dari mama. mama sanggup hon keta bertubi2 kalau dia kena tunggu ak. bukan setakat tu, siap la ko kena perli. siapa member ak yang pernah tersentap?? TAHNIAH!

ko tak rasa bersalah ke buat orang tertunggu ko? kalau ak agak rasa la.. plus kalau g class lambat. confirm semua akan pandang ko semacam je.. mesti diorg rasa ko bangun lambat. terlepas sembahyang subuh. wee! terbaik!

bukan apa, campus life la tempat ko buat persediaan sebelum ko masuk ke alam kerjaya.now boleh la ko g class lambat, g meeting program lambat. tapi kalau ko dah kerja nanti, alamat tak lama la ko dekat company tu. hye hye bye bye. please put yourself in someone else shoe. rasa la ko..


OLDER FIRST

siapa yang naik kenderaan awam, bila ada orang yang lebih tua naik, takde seat, dia tak beralah pun. dengan alasan, ko nak g jauh, so kena duduk.??? mesti ramai.. tapi ramai jugak la yang ak jumpa, sanggup berdiri untuk bagi laluan pada yang lebih memerlukan.. lelaki pernah, perempuan pun pernah. may ALLAH bless u.. pada ak la, tak salah pun ko bagi orang yang lebih tua tu duduk. memang kejam la ko biar nenek tua tu berdiri dalam bas or lrt, putra, semua jenis pengangkutan awam yang boleh berdiri. bukan setakat orang tua, ibu mengandung, orang kurang upaya dan sewaktu dengannya. cuba korang bayangkan, betapa besar pahala yang korang dapat? lebih nikmat dari sakit kaki yang tak seberapa tu. tapi, RAMAI MANA YANG SEDAR???

okey, tu dulu. ak nak menyejukkan kepala otak ak... nasib la pada yang terasa.





free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bila realiti tak seindah imaginasi

SALAM

soalan aku untuk semua. APA PERASAAN KORANG BILA APA YANH MENANTI DIHUJUNG PERJUANGAN KORANG TAK SEPERTI YANG KORANG HARAPKA
N? DAN APA YANG AKAN KORANG BUAT? give up? atau terus melangkah sampai penghujung?
perasaan? pasti sakit bukan? well, that is what i feel right now. rasa kecewa yang teramat sangat. tapi aku terpaksa terus melangkah. dengan harapan ALLAH akan menurunkan keajaibanNya.

rasa kecewa yang membuatkan aku terfikir ada peluang ke untuk aku teruskan perancangan aku yang lain dengan keputusan sekarang? macam tak. maknanya aku akan kecewakan banyak pihak. termasuk IMPIAN aku sendiri! OUCH!

aku tau yang aku tak patut putus asa. ALLAH marah.. tapi aku juga terpaksa berdepan dengan kenyataan... so apa yang hatus aku buat.. cuma tinggal 2sem.. tak tau kenapa dalam setiap yang aku buat, ada je halangan yang menjatuhkan aku. walau apapun aku bersyukur sebab aku berjaya bangun kembali dari kejatuhan aku yang lalu...walau disebalik itu, masih ada yang tak menyebelahi aku.

moga semester ini aku akan terus bangkit. walau penghujung realiti ini tak seindah yang aku imaginasikan....
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS