RSS

antara tanggungjawab dan impian



AS-SALAM

hello readers. :)) mood untuk menulis sedang membuak-buak. so kali ni nak menulis soal dilema yang ak sedang lalui.
tahun ni tahun akhir ak belajar. tahun depan ak akan lalui tempoh praktikum selama 4bulan. selasa ni akan ada sesi pendaftran praktikum yang mana ak kena maklumkan bandar mana yang ak pilih untuk buat praktikum tu nanti. dan disinilah dilema ak bermula.

kawan-kawan ramai yang tahu ak anak tunggal mama dan ayah. ramai yang sedia maklum fiil anak tunggal ni. manja, tak boleh pisah dengan mak ayah, etc. impian ak adalah nak membina kerjaya di bandar-bandar utama. macam KL. even felo ak, (antara orang kuat di CUIC- centre of university industry collaboration) turut mencadangkan yang pilih KL. masalah sekarang, mama tak nak lepaskan ak ke KL. bahaya katanya. living cost yang tinggi lagi. so, WHAT SHOULD I DO NOW?
ak ambil masa untuk muhasabah balik. puas ak tilik, godek, segala faktor. kalau ak keja/praktikum KL, ak kena tanggung kos makan, penginapan, tranport ke tempat keja. tapi kalau ak pilih kedah, tak payah risau semua tu. plus, boleh la kalau nak menabung.

lagi pula, praktikum tak boleh apply cuti sesuka hati. 4 bulan, 4bulan la tak boleh menggedik dengan mama. THAT IS SOOO UNCOOL!

selepas meneliti semua faktor-faktor diatas, maka dengan ini, saya memutuskan untuk memilih berada di bawah ketiak mama-ooops!

ok, ramai yang akan pertikai. tapi bila fikir balik, ramai yang nak berada dekat dengan ibu bapa tapi tak dapat peluang. time belajar jauh, kerja jauh, dah kahwin pun kena duduk jauh. ak pula, sekolah dekat, uni pun dekat. kalau ada peluang kerja sebelum kahwin, biarlah ak dekat dengan mama dan ayah ak. biar ak laksana kan tanggungjawab ak sebagai anak selagi ak masih belum berpunya secara sah. diorang pun bukan muda lagi. tak ada siapa yang boleh tolong tengokkan. saudara mara ak jauh. semua belah KL, KUANTAN, MELAKA. kami je yang sesat ke kedah. hati pun dah tertaut dengan negeri jelapang padi ni. kalau ak jauh, sakit pening diorang siapa nak jaga??

lain orang lain pendapat. so ini pendapat ak. pape pun, ak percaya pada rezeki ALLAH. kalau dia takdirkan ak ke kL, so KEY ELL la ak..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: