RSS

ak dan diriku

perjalanan untuk tamatkan rintihan akalku
bermula satu kisah hidup saat ak masih termangu-mangu
mana arah tujuku?...kesana atau kesitu
Dia menjadi penunjukku..nan satu..
aku tahu.. bukan aku yang terdahulu..tapi bukan juga yang terakhir
ada yang memerhati saat aku terkejang di pinggir
kerana akulah sayap itu terukir
walaupun aku bukan seorang pengukir mahir
mata-mata itu memerhati..mata-mata itu mula mengeji
mulut-mulut itu mula berbisik..dan telinga itu menjadi asyik
marahkan mereka atau sedihkah dia?
gembirakah anda tau dukakah ia?
carilah.. episod mana yang terpampang wajah sedih seorang anakanda
selongkarlah laci mana yang ada tersembunyi hati tangis si kekanda
koreklah..lubang mana yang tertanam wajah manis adinda
atau.. kesemua itu adalah tugasku sebagai kekanda?
aku pejuang kelam yang meraba didalam kegelapan
aku pendekar yang bermain dengan suka duka kehidupan
aku panglima yang berjuang untuk keadilan
aku tewas tapi bangun untuk mencari kemenangan
mana rahku kalau kompas itu hilang ditelan lautan?
kearah kiblatlah aku mengadap Tuhan
moga arah tujuku tidak tersongsang jauh dari sasaran
moga aku bukan umat yang sesat didalam terang kehidupan
kerana itulah namaku adalah singkatan yang telah diberikan pada ungkapan pertama....PUTRA


credit to my bro, PUTRA AN.



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: