.:SALAM:.
SALAM MAAL HIJRAH 1432h semua.. semoga tahun ini memberi kita peluang untuk memperbaiki diri..
baru-baru ini aku dikejutkan dengan kehilangan seorang insan yang cukup rapat dengan ak. haji abd karim bin ning. uncle ak. beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 11malam, 2disember yang lalu, bersamaan malam jumaat. alhamdulillah, beliau pergi dalam keadaan yang tenang dengan iringan doa2 dari yang menyayangi.
uncle yang mesra dengan panggilan APAK, suami kepada mama pah (kakak mama), seorang yang penyayang, mesra, tak pernah putus memberi nasihat. ak paling menggemari masakan mee goreng arwah. asal balik pahang je, pasti ak akan dihidangkan dengan menu special arwah. paling terharu, dalam keadaan badan yang tak sihat, arwah pernah turun ke dapur untuk masak khas untuk ak. terharunya....
arwah mengidap kanser. peparunya rosak akibat jangkitan virus. malangnya, doktor lambat menyedari penyakit arwah. hospital sudah menjadi rumah kedua baginya. hari2 terakhir beliau, kami sering digemparkan dengan berita beliau semakin tenat. membuatkan kami semua berada dalam keadaan standby. sehinggalah mama pah meminta kami berdoa agar apak dapat pergi dengan tenang. hati mana yang sanggup melihat penderitaan yang ditanggung insan tersayang. kami redha. gerak hati ku berkata, 'apak nak tunggu hari jumaat agaknya' dan kata hatiku benar. beliau menghembuskan nafas terakhir pada malam jumaat di hospital putrajaya.
jenazah arwah apak dimandikan terus di putrajaya. dan kemudian dibawa pulang ke kuantan. perancangan awal mahu dikebumikan usai solat jumaat. atas nasihat ulamak, keluarga di pahang setuju untuk diawalkan urusan kepada sebelum jumaat. keputusan tersebut menyebabkan ak tak sempat tiba. ak hanya tiba di tanah perkuburan setelah semua nya selesai. yang tinggal hanya paklang ku dan isteri. sebaknya hati,. bertambah sedih apabila ini kali ketiga mama tak sempat nak tatap wajah insan tersayang buat kali terakhir. (sebelum ini, mama juga tak sempat melihat wajah arwah bonda dan kekanda beliau kerana berada diluar negara). kali ini abang ipar pula.
kali terakhir kami sekeluarga bertemu arwah apak adalah pada aidilfitri yang lalu. ketika itu, arwah sangat kurus dan sangat kurang bercakap. kini tiada lagi kata bicara, tiada lagi gurau senda, tiada lagi mee goreng apak, yang tinggal hanya kenangan.. ak redha.. ak lega kerana tiada lagi penderitaan yang apak kena tanggung. biar la dia damai disana. ak tau tiada sesalan yang arwah tanggung. anaknya telah berjaya.
semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. rest in peace apak... will always love you.......
0 comments:
Post a Comment