.:Salam:.
hari ni hari terakhir exam kt uum ni. maka ramai la yg mula masuk ofis untuk serah kunci. busy gila ak n sponge. rata-rata pakat tanya bila kami balik, jawapan kami, TAK BALIK. wahh.. mengapakah???
16-22 dec ni terlibat dengan BAKTI SISWA PERDANA. seminggu juga lah. so 23 baru balik rumah.
sedih pun ada gak bila tengok member-member dah tarik beg balik. takpe la. bila lagi nak kumpul pengalaman kan. lagipun ak percaya, setakat keputusan cemerlang takkan membantu dalam kehidupan kalau tak disertakan dengan aktiviti kemasyarakatan. so bila ak join baksis ni, ak mampu membina jati diri ak. duduk rumah orang yang susah, rasa pengalaman masuk kampung, masuk bendang, atau toreh getah. kat bandar mana nak dapat pengalaman macam tu. pada yang masa yang sama dapat menyedarkan ak yang bila kita berdiri di atas, kena tengok sama orang yang dibawah. mereka memerlukan bantuan.
tak pe la kawan-kawan. selamat bercuti. jumpa lagi semester hadapan seandainya diri ini masih bernyawa.. InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment