RSS

life as a setiausaha kehormat JPM

salam..


agak berlagak tajuk entry ak kali ni.. hahaha.. ada ak kisah...?

ok2, ni kisah ak. sebabkan lama ak tak update so kali ni ada sebab musabab nya...

sedar tak sedar, dah 3minggu ak bergelar SUK JPM DPP (setiausaha kehormat jawatankuasa pembangunan mahasiswa dewan penginapan pelajar). amacam? panjang tak??

teringat saat nama diumum untuk menyandang jawatan tersebut.mula2 tenang je. tapi bila majlis bersurai, tetiba air mata ini mengalir. paling tak leh cover bila abg daniel berdiri depan ak. saat tu, dia berdiri sebagai seorang abang. bukan lagi sebagai exco terhadap SU nya. ak pun tak tau kenapa ak menangis. ak sorang plak tu! orang lain orait je.. terngiang laki kata2 kak ain (mantan timb presiden). " saya tau ada orang cakap awak emo. buktikan pada diorang awak bukan emo. " bukan mudah tu... ak dah agak dapat jawatan ni. tapi ak tak sangka ak betul2 dapat. rasa menyesal sebab apply? tak juga. tapi memikirkan tanggungjawab yang ak bakal pikul, tu yang ak jd terkejut tu.

3minggu sebagai SUK.........
awal2 rasa penat sangat. setiap malam kena turun ke bilik JPM. ni la harga yg harus aku bayar. class setiap hari habis jam 3. then siapkan assignment yang patut, tido jap. then 9mlm turun je JPM. tu la rutin ak sekarang. setiap jumaat akan ada program. class hari isnin kul 8pg. kalau penat sangat, alamatnya burn la class investment tu. huhu...

awal2 ni, busy buat surat untuk apply barang. mcam2 nak kena ganti kt bilik jpm ni. so mengadap surat jela ak sekarang. tu belum lg SU untuk program. huhu...

apa lagi ak nk gtau ek.. hurm.. haa!!! 23hb dengan penuh bangga nya ak berjaya menderma darah selepas 3kali gagal akibat masalah yang tak dapat dielakkan,... syukur... now dalam proses nak membina sel darah yang baru... maybe sebab first time menderma. so ak selalu pening2 skg ni...



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS