RSS

bila otak dan badan dah penat...

kisah ni baru je terjadi beberapa jam yang lalu..

satu hari ni ak bertapa di DTSO (dewan tun seri othman) untuk induksi sempena bakti siswa perdana. penat bkn sb buat aktiviti tapi penat sebab dengar ceramah. ceramah en azemi shaari paling gempak. teruk DPP YAB dan DPP MUAMALAT kena pantun mengenai satu isu. sentap lah mereka..

balik pukul 5 tu, terus pecut motor dengan sponge n fir ke changlun. makan dan beli barang. beli tudung instant sb senang nak pakai time baksis nanti. tak payah nak gosok bagai.. tukar inner je match dengan baju. lol

sampai uum semula pukul 7lebih. jumpa bell dan hajar. berborak la sekejap. lepak dekat satu kerusi kt taman depan blok. mungkin sebab tak selesa pakai jaket, ak buka jaket ak. dan spontan, ak tarik tudung ak skali! waktu tu baru sedar, YA ALLAH, ak kt depan blok! bukan dalam bilik! nasib baik la kawasan tu gelap dan ramai yang dah balik... kalau tak... mana cheq nak letak muka cheq ni....!!!

tu la kan. bila otak dan badan terlalu penat, tak mampu lagi nak berfikir secara normal...
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Let Your Love Be


Let your love be a flower
Let it grow in me
Let your love be a desert
As dry as can be

Let your love be the rain
Let it rain down on me
Let your love be a storm
Let it rise up in me

Let your love be the sunshine
Let it warm in me
Let your love be a rainbow
For the world to see

Your love is everywhere
Wherever that should be.

~By Paul McCann~

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sesi mengangkut beg pun bermula...

.:Salam:.

hari ni hari terakhir exam kt uum ni. maka ramai la yg mula masuk ofis untuk serah kunci. busy gila ak n sponge. rata-rata pakat tanya bila kami balik, jawapan kami, TAK BALIK. wahh.. mengapakah???

16-22 dec ni terlibat dengan BAKTI SISWA PERDANA. seminggu juga lah. so 23 baru balik rumah.

sedih pun ada gak bila tengok member-member dah tarik beg balik. takpe la. bila lagi nak kumpul pengalaman kan. lagipun ak percaya, setakat keputusan cemerlang takkan membantu dalam kehidupan kalau tak disertakan dengan aktiviti kemasyarakatan. so bila ak join baksis ni, ak mampu membina jati diri ak. duduk rumah orang yang susah, rasa pengalaman masuk kampung, masuk bendang, atau toreh getah. kat bandar mana nak dapat pengalaman macam tu. pada yang masa yang sama dapat menyedarkan ak yang bila kita berdiri di atas, kena tengok sama orang yang dibawah. mereka memerlukan bantuan.

tak pe la kawan-kawan. selamat bercuti. jumpa lagi semester hadapan seandainya diri ini masih bernyawa.. InsyaAllah...
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

looking for a bright future

.:SALAM:.

hi semua. salam petang jumaat.

ni nak cerita kisah semalam.

semalam keluar ke jitra dengan my BFF, lyne. tujuannya hanya untuk meronggeng.. sampai je jitra terus serbu karoke baru kt atas cmart. terbaekkk ko. touch screen gitu.. habiskan masa 2jam sampai serak tekak. sedap tak sedap belakang kira asal hilang tekanan. tak sedar diri yang exam belum tamat.

habis karoke, singgah makan kt kedai Musri. dah lama tak makan masakan kampung. teringat zaman sekolah. lunch dengan sarah. miss u darling!

next station, AVON, then MAYBANK. On the way ke MAYBANK tu lalu depan kedai alat music. terdetik di hati nak tanya pasal kelas piano. yelah, dh lama pasang niat nk belajar piano. malu juga awal2 tu sebab rasa tua plak br tergedik nk amik kelas. not bad la yuran. RM60 per month. naik level br naik yuran. dalam hati dh berberbunga ceria. so tahun depan saya akan mula belajar piano dengan gigih! :PP

tu satu, then di MAYBANK ak clear kan beberapa perkara. thanks to PUAN NORSIAH kerana dengan sabar melayan karenah ak dan lyne :PP . dalam hati ak pikir, kalau ak kena praktikal sorang2 d kl, baik ak praktikal d MAYBANK jitra je. tengok la rezeki nanti.. heeee

jap3... apa kaitan entri dengan tajuk ak di atas sinun???

ada pe, pasal kelas piano, pasal maybank. lalala... okey serius, tak lama lagi dah nak genap 21tahun ak bernafas atas muka bumi ni, InsyaALLAH. bermaksud ak akan melangkah ke satu fasa lagi alam kehidupan. ak mula memikirkan apa yang ak nak dalam hidup ni, SECARA RASIONAL. yelah, masa sekolah rendah cikgu tanya nak jadi apa bila dah besar, ak jawab, 'pramugari atau bisneswoman'.kemudian besar sikit bila diaju soalan yg sama ak jawab 'akauntan'. now bila di universiti, melalui jatuh bangun seorang remaja, ak punya jawapan sendiri. ak mahu jadi wanita cemerlang dalam hidup, peduli apa orang fikir selagi apa yg ak lakukan tak menyalahi agama dan undang2. ak mahu jadi wanita yang bekerjaya, keluarga jadi keutamaan, wang ringgit perkara kedua. apa guna banyak harta tapi keluarga terabai. apa guna kereta besar tapi bisa membahayakan diri sendiri. mengundang pandangan penyagak2.
so, siapa tahu apa ak akan jadi. siapa tahu andai ak bermula sebagai kerani ak mungkin naik menjadi pengurus. ak bermula sebagai makan gaji, ak mampu mengorak langkah membuka perniagaan sendiri. yang pasti, impian ak suatu masa dulu menjadi pemangkin ak mencapai sesuatu yang ak inginkan dalam hidup. i'm looking for a bright future..

ak mahu menjadi insan biasa, tapi multi-talented. sebab tu ak belajar pelbagai kemahiran. buat masa ni ak tahu menjahit, menunggang kuda, menari dan beberapa kemahiran lain. lepas ni belajar bermain alat musik dan mungkin juga berbahasa asing. seronok menghabiskan masa dengan aktiviti sebegitu. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY. ALWAYS FORGIVE, NEVER FORGET.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kehilangan...

.:SALAM:.

SALAM MAAL HIJRAH 1432h semua.. semoga tahun ini memberi kita peluang untuk memperbaiki diri..

baru-baru ini aku dikejutkan dengan kehilangan seorang insan yang cukup rapat dengan ak. haji abd karim bin ning. uncle ak. beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 11malam, 2disember yang lalu, bersamaan malam jumaat. alhamdulillah, beliau pergi dalam keadaan yang tenang dengan iringan doa2 dari yang menyayangi.

uncle yang mesra dengan panggilan APAK, suami kepada mama pah (kakak mama), seorang yang penyayang, mesra, tak pernah putus memberi nasihat. ak paling menggemari masakan mee goreng arwah. asal balik pahang je, pasti ak akan dihidangkan dengan menu special arwah. paling terharu, dalam keadaan badan yang tak sihat, arwah pernah turun ke dapur untuk masak khas untuk ak. terharunya....

arwah mengidap kanser. peparunya rosak akibat jangkitan virus. malangnya, doktor lambat menyedari penyakit arwah. hospital sudah menjadi rumah kedua baginya. hari2 terakhir beliau, kami sering digemparkan dengan berita beliau semakin tenat. membuatkan kami semua berada dalam keadaan standby. sehinggalah mama pah meminta kami berdoa agar apak dapat pergi dengan tenang. hati mana yang sanggup melihat penderitaan yang ditanggung insan tersayang. kami redha. gerak hati ku berkata, 'apak nak tunggu hari jumaat agaknya' dan kata hatiku benar. beliau menghembuskan nafas terakhir pada malam jumaat di hospital putrajaya.

jenazah arwah apak dimandikan terus di putrajaya. dan kemudian dibawa pulang ke kuantan. perancangan awal mahu dikebumikan usai solat jumaat. atas nasihat ulamak, keluarga di pahang setuju untuk diawalkan urusan kepada sebelum jumaat. keputusan tersebut menyebabkan ak tak sempat tiba. ak hanya tiba di tanah perkuburan setelah semua nya selesai. yang tinggal hanya paklang ku dan isteri. sebaknya hati,. bertambah sedih apabila ini kali ketiga mama tak sempat nak tatap wajah insan tersayang buat kali terakhir. (sebelum ini, mama juga tak sempat melihat wajah arwah bonda dan kekanda beliau kerana berada diluar negara). kali ini abang ipar pula.

kali terakhir kami sekeluarga bertemu arwah apak adalah pada aidilfitri yang lalu. ketika itu, arwah sangat kurus dan sangat kurang bercakap. kini tiada lagi kata bicara, tiada lagi gurau senda, tiada lagi mee goreng apak, yang tinggal hanya kenangan.. ak redha.. ak lega kerana tiada lagi penderitaan yang apak kena tanggung. biar la dia damai disana. ak tau tiada sesalan yang arwah tanggung. anaknya telah berjaya.

semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. rest in peace apak... will always love you.......
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah aku, makcik dan sidai baju

.:salam:.

2hari lepas family ak dikunjungi saudara dari pahang. family makcik.
tak nak cerita detail, just satu kisah yang terjadi ketika ak tolong mama sidai baju.
ak ingat kan mama dah cukup cerewet dalam soal menyidai kain baju ni. yela, baju dengan baju, seluar dengan seluar. biar nampak seragam. rupa2nya makcik ak lagi dasyat. dari baju tu dikeluarkan dari mesin lagi dia akan asing siap2 mana baju mana seluar. senang nak sidai katanya. so dalam ak tengah sidai tu seperti yang mama ajar, dia pun dengan nada seleoroh cakap ak tak senonoh. main sidai je.. ak pun pelik, ak buat macam yang mama ajar la... ada kain yang susah kering, ak sidai paling luar supaya kena matahari. makcik ak boleh ubah ke belakang sebab tak sama jenis. ak garu kepala. dia siap cakap, kalau arwah wan (nenek) ak sidai kain, lagi detail, sama je kemas dia. dalam kepala, 'mana tak tumpah kuah kalau ke pinggan.' makcik2 ak yang lain mcm tu jugak ke? huhu..

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10thing, 1 week

:.SALAM.:

hye everyone.. i'm currently at home. stuck in my room. don't know what to do. so i decided to write on something.

filled my time watching vampire diaries. reading twilight. it's all about vampire. totally in love with it. (just imagine if my boy is a vampire) :PP
hey, how if they're really exist in this world?? and i'm in love with one of them..?? lalalalala... i'm started to talk nonsense.

1 week at home. need to plan to fill my day, avoiding boredom.

1 : need to learn how to use contact lens. (i'm kinda old fashion)
2 : finish up my home-made curtain
3 : tidy up my messy room
4: find and buy wall hanger. prefer wood material, white colour.
5 : create special card for my prince hearty.
6: find suitable MP3 for my mom.
7 : planning for my 2011 aim, no more childish thing like hello kitty. grown up lady....
8 : riding horse (miss it so much)
9 : ain't get any idea yet
10 : study for international finance n entrepreneurship

why study always come to the last thing on my mind????
oh yea, cant wait to see my new baby this Thursday..

till then, bye!

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kesedihan

salam

ini adalah sesi luahan perasaan. silakan pening dengan citer yang tunggang langgang. ak hanya menaip mengikut apa yg terlintas tanpa semakan kedua.

ahad ak akan start exam. basic econometric. pagi dapat panggilan dari mama dah yang apak tenat. mama dh berubah raut wajah. nak balik pahang pun apak still kt hospital putrajaya. nak bawak balik ke phg pun doc tak advise sangat. so kami hanya menanti sebarang berita. ak menangis seharian. petang ayah hantar balik ke uum. setiap kali pandang mama, ak tak sanggup. tengahari mama ada cakap kalau dia mati takde sapa nak uruskan. ak terasa. ak ni siapa?? macam ak ni tak layak and tak berguna. luluh nya hati ALLAH je yang tau. lepas isyak tadi pun mama call. mama suruh baca yassin untuk apak. and dia ada pesan kalau jadi pape kat dia, buat benda yang sama. sekali lagi ak menangis. Tuhan, dugaan apa ni.. ak nak exam. kenapa emosi ak diuji sebegini rupa. ak mesej mama jangan buat ak macam ni. study ak dah mula tunggang langgang. mama balas, suruh ak fokus. dengan kejayaan ak je boleh gembira kan dia. dia sedih sebab apak terlalu baik tapi terpaksa lalui ujian yang berat ini (cancer).

sedar lah ak yang selama ni ak dh banyak buat kan mama sedih. banyaknya dosa ak kt mama. bukan ak tak nak dapatkan result yang elok. tapi setiap semester nasib tak menyebelahi ak. setiap semester result ak jatuh. setiap semester apa yang ak buat serba tak kena. ak takut kisah yang sama berulang untuk semester ni.. ak tak sanggup...

ak tak tau mana nak cari kekuatan dan semangat ak balik. ak mesej prince hearty tanya kalau ak keluar dengan dia esok, ak boleh dapat tak nokia c3 tu. (dia janji nak hadiahkan sempena birthday). tapi dia cakap tak boleh sebab bill tak clear lagi. so takpe la. tak jadi la keluar. berkurung la ak kt uum mengadap nota2. actually bukan ak nak sangat c3 tu esok. tapi bila tekanan mcm ni ak seolah2 mencari sesuatu yang blh buat ak happy balik. tapi nak buat mcm mana, takde rezeki lagi...

dalam solat, ak minta diberi kekuatan untuk hadapi semua ni. takkan ak nak hampakan mama lagi. rasa malu plak nak minta hadiah tahun ni.. memang takkan minta pape kot.. dah cukup dengan apa yang ak dapat selama ni... sempurna.

semoga segala urusan ak dipermudahkan. ak mampu lakukan yang terbaik dalam exam ak nanti. tak mampu tersungkur lagi... biar la ak gembira kan mama and ayah. tak mampu melihat kesedihan mereka lagi....

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

oyeh oyeh menggedix keseronokan.

.:salam:.

akhirnya, tugasan terakhir telah pun selamat sampai ke tangan pensyarah. lega sangat2. lepas ni boleh fokus untuk peperiksaan akhir. wish for the best. tak leh main2 dah. first paper on 14th nov. then 15th, 21st, 23rd, 25th. 27th and 28th.
gap cuma sehari except for the first 2papers and last 2. past year paper dh print. tinggal untuk dicalitkan tinta2 hitam mencerna jawapan. wah, ayat meletop disitu!

banjir still teruk. now dah turun ke alor star. mama cakap jitra dan boleh masuk tapi ada certain area yang still banjir. ayah g keja pun terpaksa melalui jalan jauh. keluar rumah jam7pagi, saat post ini ditulis pun (11.32pg) ayah belum sampai tempat keja. padahal hari ni khamis, org balik keja jam 3.30ptg. nak buat macam mana. workholic. nak balik japgi pun sure ambil masa yang lama jgak.

hari ni panas terik. sangat syiok kalau dapat tonyoh baju2. petang mesti kering. lagipun tengah bosan ni plus mengantuk. jeles tengok sponge, lyne, n zila still nyenyak diulit mimpi. nak tido juga tapi kalau ak tido mesti otak jadi lembab. so need something to make me feel fresh. (tetiba teringat minuman pearl yang mama bagi)...

hurm, nak update pasal apa lagi ek? takde dah kot. okey, sekian untuk pagi ni.
peace.
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

last minute work always WORK.

.:SALAM.:

Alhamdulillah, langit mula cerah. matahari mula menampakkan sinar. tapi banjir masih belum surut. beribu2 rakyat kedah masih di tempat perpindahan. syukur rumah ak berada di kawasan tinggi. tapi sedih mengenangkan rumah2 rakan yang terjejas. mama call pagi tadi. ayah tak boleh nak ke tempat keja. banyak jalan terpaksa ditutup. gas masak habis. nak beli, kedai banyak tutup. apa diorg nak makan?? hurm. terpaksa drive jauh sikit la. mungkin ke kawasan kuala kedah.

okey, back to the topic.

esok khamis, bersamaan 4nov2010. hari terakhir ak menulis report assignment. lecturer dah bagi hampir sebulan lebih. tapi ak hanya baru mula menulis semalam. ye kawan2. SEMALAM. now dah siap bahagian pengiraan. tinggal nak buat laporan. hope sempat siap before malam. malam nak siapkan sati lagi. pun kena hantar esok.

saat ini, otak dah stuck. tak mampu nak fikir nak taip apa. nak cari perkataan yang sesuai pun terasa susah. macam mana nak karang 10muka surat ni?? ayoyo.. tu la. suka sangat buat keja last minute. tapi nak buat macam mana, bak kata tajuk entry.... lol

dah, stop mengomel jap. sambung buat assigment! :P
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semangat yang berkobar

pagi itu cerah seperti biasa.
tidur yang lena terhenti di sana....

yeah~!! hari mendung sudah kembali cerah. tp disebabkan banjir, ramai staff yang amik cuti kecemasan. dan dek kerana cuti mereka, ak menjadi mangsa kena bangun awal untuk cover kt office!!! takpe, ak bangun awal boleh start study awal n siap kan assignment awal.. konon nya lah.

sebab............................

sekarang dah pukul 12.20 tengahari dan satu keja pun ak tak start buat lagi!!! hohohohoh.. bangga nya ak..............


so, sebagai azam nk score exam, saya akan stop berfacebook buat sementara waktu... (itu tak mungkin berlaku...)
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku dan couple

.:salam:.
kawan2 ramai yang perasan status ak di facebook adalah single. ak single??? ok, itu tipu. i'm not single. ak masih lagi menjadi milik prince hearty. tapi ak memilih untuk berkawan dalam bercinta.

sebab?

sebab ak rasa selesa melayan 'beliau' seperti kawan yang mana ak boleh bergurau secara kasar dan kurang adab. owh tidak. ak masih awek yang tahu menjaga mulut. tapi gurau sahabat dan gurau kekasih itu pasti berbeza kan? bagi ak gurau kekasih ni ala2 shy2 cat. gurau sahabat pula lebih bersifat sempoi dan slumber. dan ak lebih selesa dengan cara itu.

ak juga memilih bercinta cara bersahabat
sebab ak taknak mementingkan komitmen dan perlu sentiasa tanam dalam diri, ak awek orang. sebab ak mudah rasa terkongkong dengan statement tu. rasa macam everywhere ak pergi, ak kena report, tengah buat apa, makan apa, which is, every lil thing i do, where i go, what i wear, ak kena report. wohohoho,,.,.,. sorry dear. i;m not that type of lady yea. rasa letih perlu berbalas msg stiap masa. menyedari hakikat itu, ak slow talk dengan 'beliau' yang ak perlukan ruang yang ak selesa. ak memilih untuk tumpu kepada pelajaran, bukan kepada percintaan. result: I;M HAPPY WITH IT. oyehhh,...


ak juga memilih jalan single but taken sebab ak malas nk bermsg 24/7. dulu, setiap masa nk msg. sepuluh kali sekejap call. bayangkan lah duit habis untuk topup je?? now, kami just msg bila free je. since 'beliau' pun busy dengan keja, ak pun busy ngn keja ak kt sini. terasa la perubahan tu. nk gaduh pun rasa rugi. tp still gaduh sebab ak slalu melepaskan tekanan ak pada 'beliau'. seperti biasa, 'beliau' mmg penyabar.

buat kamu 'mr. prince hearty', saya sayang kamu, saya cinta kamu, saya cuma mau kamu. tapi sekarang saya mau kejar cita2 saya dlu sebab saya ada perancangan yang sangat besar.

buat kamu 'mr. prince hearty', terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap langkah perjalanan hidup saya. kamu antara udara yang membenarkan saya terus bernafas.

buat kamu 'mr. prince hearty', saya dah ngantuk. saya tido dulu yeee... slamat malam sayang.....
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hujan dan hibernisasi

salam..

bangun pagi tadi bunyi hujan lebat. tengok keluar, tak nampak matahari. now still hujan. highway UUM-CHANGLUN terpaksa ditutup. dan 2hari wey hujan non-stop. dalam hati ak terfikir, MUNGKINKAH TRAGEDI 2005 AKAN KEMBALI BERULANG?? oo em g...

bila hujan ni apa lagi, nak bangun pun malas. nyaman nya bila tarik selimut. ayat tak sedar diri yang final is just around the corner. ngeee...

sumpah yang otak ak stuck dalam kesejukan. 2 assignment masih tertangguh. padahal 4hb ni dh kena hantar.. waaa!!! tak tau nak buat macam mana lg nak menaikkan tahap kerajinan ak yang kian merundum.

sekali lagi ak mengeluh,,,, haish,,,,,
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

people are crazy for iphone n blackberry


salam..
mana2 ak pergi sekarang, orang akan menyebut pasal blackberry (iphone jarang). tapi aku? I'M CRAVING FOR NOKIA C3...!!! agak pelik disitu. tapi ak tak peduli. ak sedang tergila2kan c3 saat ini. bukan kerana pink. sebab ak mengidam yang putih. eh, why c3 ha? ak pun tak pasti. kali pertama ku terlihat raut wajahnya, tangkai hati ku bagai direntap2..
so sapa mau hadiah kan c3 kepada saya sebagai hadiah saya genap 21 dec ini????
mesti takde kan.. hohoho.. sangat sedih di situ. malam2 ak terbayangkan berWIFI menggunakan C3 PUTIH yang comel itu... siap tido mimpi weyh! agak melampau bukan? takpe, ADA AK KESAH??
ehsan : incik google

nota keypad : pernah terpikir, best ada sugar daddy.. lalalala
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AFGAN - KUBERSUJUD


KU MENATAP DALAM KELAM
tiada yang bisa kulihat
SELAIN HANYA NAMA-MU YA ALLAH
esok ataukah nanti
AMPUNI SEMUA SALAHKU
lindungi aku dari segala fitnah

KAU TEMPATKU MEMINTA
kau beriku bahagia
JADIKAN AKU SELAMANYA
hambaMU yang slalu bertakwa

AMPUNIKU YA ALLAH
yang sering melupakanMU
SAAT KAU LIMPAHKAN KURNIAMU
dalam sunyi aku bersujud
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

siapa kata kaunseling itu untuk yang bermasalah??

SALAM...
siapa kata kaunseling itu untuk yang bermasalah? tahu yang ramai berpendapat begitu.. aku pun sama. tapi kini persepsi itu kian berubah. sebaliknya, kaunseling semakin mengubah aku ke arah jalan yang selama ini aku dah jauh tersasar.

bukan aku yang rela hati untuk menerima kaunseling. segalanya berubah ketika aku perlu mengikuti PROGRAM PEMANTAPAN MINDA yang kebetulah diadakan oleh UNIT KAUNSELING UUM. so dalam paksa hati tu aku habiskan masa sehari suntuk dengan modul yang aku dah pernah jalani dalam program yang hampir sama objektifnya. tuah aku pada hari itu ak diperkenalkan oleh seorang kakak fasi yang sedang menjalani praktikum dalam kampus dalam jurusan sains kaunseling.

prinsip aku, kalau nak orang menyokong kita, kita perlu terlebih dahulu menjadi penyokong kepada orang lain. kak fasi ni, aku panggi KAK OJAI. dalam memenuhi kehendak praktikum, dia kena mengendalikan beberapa orang klien. so atas dasar prinsip, aku pun sentiasa menyokongnya. setiap minggu, aku akan ada sesi dengan kak ojai. orangnya baik, comel, ramah. dan mungkin kerana sikapnya itu, aku selesa untuk meluahkan semua perasaan aku padahal aku bukan kenal rapat pun. tapi ak selesa sangat. sampai la aku meluahkan hampir semua yang terpendam. yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan aku.

ak baru lakukan dua sesi. tapi ada kesaran yang mula lahir dalam diri aku. betul kata sarah, gagal ak kerana ak hilang fokus. dan sebalik itu semua, gagal ak kerana telah lama melupakan suruhanNYA. macam mana kita nak DIA selalu ingat kita bila kita sendiri tak pernah letak DIA dalam keutamaan hidup, kan?

dan atas rasa jahil aku itu, ak tekad untuk mengubah diri aku.. sisa2 yang tinggal di kampus ini akan aku cuba penuhi untuk perbaiki diri. biarla aku ketepikan cinta demi sebuah cita-cita...

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

trivia zaman matrikulasi.

Salam

mesti tak ramai yang tahu ak ni lepasan matrikulasi kan3?? okey, sebenarnya before masuk uum, ak belajar di Kolej Matrikulasi Perlis @ KMP. Tetiba ak teringat kenangan waktu di KMP. Check it out.

1. time tu tengah famous lagu SAYANG-SAYANG by ALIFF AZIZ & BILA AKU SUDAH TIADA by HUJAN.

2. class hari-hari start kul 8pg, tamat kul 4ptg. tghari ada gap sejam. dpt tido sekejap pun lega.

3. pernah survive dengan hanya maggi sebab duit habis.

4. pergi kelas dengan baju kurung n kasut tinggi. baju plak ada setiap warna. ada la dekat 20psg.

5. petang2 duduk kat tangga sambil usha mamat uitm main bola.

6. pernah kena APRIL FOOL dengan asma. kononnya ada game futsal. diorg suruh pakai tshirt yang baru beli. padahal diorg just nk tgk ak gayakan tshirt tu.

7. semester dua, dapat lect ekonomi yang handsome. tp mengajar hampeh.

8. paling score subject perniagaan. sebab lect tu jgk ak amik course finance.

9. awal sem paling benci dengan lynne. tp dia jgk la bff ak skg.

10. masuk kelas math dengan tak prepare. sebelum lect masuk kelas, bdk2 laki akn cakap, "cikgu, tak paham" dengan harapan lect akan bg jawapan utk tutorial.

11. lect Acct plg sempoi. siap pernah belanja pizza. tp bdk2 laki dh habiskan dulu.

12. masuk library semata-mata untuk rasa aircond bila hari terlampau panas. lgpun benci tgk muka abg tu. GARANG!

13. staf kt pejabat asrama ada sorg tu handsome. tak ingat mcm muka sapa. tp dia staf yang jaga bahagian makanan. now dh kawin.

14. bila gap kelas akan singgah kt bakery beli nugget ayam. plus orange juice. padahal dalam beg ada spare biskut.

15. kalau makan tak sah kalau takde ayam n sayur.

16. bulan puasa br kenal puding karamel. until now, stiap kali puasa mesti cari puding karamel.

17. tak pernah2 main futsal. tetiba masuk team futsal untuk karnival sukan.

18. pernah minat satu mamat ni. tp dia minat roomate ak. hahaha. tapi takde sapa pun yg dapat.

19. bila bosan sangat akan lepak di kolam ikan sambil bagi ikan makan roti lama yg amik kt bakery.

20. belajar menjadi photoholic. pantang kluar camera. say cheese..................


free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

23 FACTS ABOUT ME..

SALAM

~tHaNkS tO rOsLiNdAHaNi FoR gIvInG mE ThIs TaG~

Syarat-syarat:

a) Tulis 23 rawak (random) tentang diri anda (x kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)

b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)

c) Kalau x ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)


Let's start!


23 Facts about MIMI RAHMAN

1. Saya anak tunggal, dan anak keempat dalam keluarga. FULLSTOP. jangan tanya lebih-lebih.

2. Saya adalah peminat HELLO KITTY dan PINK

3.Berangan-angan nak pakai FAIRLADY @ BMW325I @ NEO. see how flexible i am..??

4. Sangat sukakan duit sebab tu study FINANCE.

5. Sukakan lelaki yang ada GAYA dan EXEC dan ROMANTIC..... dan tak jauh beza umo dengan saya. haha!

6. Berangan-angan nak kahwin masa umo 26thn. ceewaah! lagi awal lagi bagus.. hoho

7. Mempunyai tekanan hidup yang kian memuncak akhir-akhir ni...

8. Sangat bermurah hati kalau tengah rezeki lebih... sungguh,, tak tipu.. :P

9. Sangat suka melancong sebab boleh kembangkan ilmu bila berjalan kat negara orang.

10. Sukanya perabot putih dengan hiasan roses. very the english style!

11. Sangat sukakan kanak-kanak selagi tak mencabar tahap kesabaran.

12. Sukakan dunia korporat.

13. Ayah dan mama are my best friends kat rumah. Sri Sarah Maznah and Fadzlin Nur'ain are my BEST FRIEND FOREVER!

14. Sometimes orang tengok saya manja, sometimes strict. well, i can be both depends on the situation.

15. Suka makan ice macam makan keropok. YUMMY...

16. Ada hati nak sambung belajar sampai PHD. tapi macam dah tak larat. so sampai MASTER pun jadi la. huhu

17. Saya bukan seorang yang hipokrit. tapi dalam keadaan yang darurat, saya TERPAKSA melakukannya.

18. Selalu jadi tempat rujukan kawan-kawan yang ada masalah. tapi kekadang, masalah sendiri pun tak reti nk selesaikan.

19. Dulu tak pandai senyum. muka asyik masam je. tapi since masuk MATRIKULASI dah pandai senyum. lalalala

20. Dulu susah nak menangis depan orang. tapi sekarang pantang tersentuh, mengalirlah air mata membasahi pipi ku yg mulus ini. bluerk!

21. Bila tekanan je, kawan-kawan akan menjadi mangsa untuk temankan saya di karoke or bowling... that's what friends are for right?? :P

22. Saya mempunyai masalah tekanan darah yang rendah. tapi saya paling tak suka makan kerang!

23. Saya suka tidur sambil dengar instrumental music.. tenang.........................



tag ni sesiapa nak, ambil lah.. saya tak marah.. hihi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makcik.. anak makcik laki ke pompuan?


SALAM

kisah ni terjadi khamis lepas. takde lama sangat..

aritu ak, cousin n mom kuar ke alor star. dipendekkan cerita, masa nak balik tu mama singgah ke EON BANK untuk bayar duit kereta. since kereta parking kt SAKAN so ak offer la diri nk drive n tunggu mam kt depan bank terus.

dalam dok tunggu tu, tetiba tingkap kereta diketuk oleh seorang makcik ni. ak ngn cousin pun agak seram sejuk nk buka ke tak. yelah, tetiba je makcik ni datang. nk kata ak block kereta dia tak plak. so dalam keadaan takut-takut berani tu, ak buka la tingkap. terjadilah perbualan berikut.. :

makcik : adik dah lama pakai kereta ni?
ak : ha?
makcik : adik dah lama ke pakai getz ni? elok tak kereta dia. makcik nak beli untuk anak makcik. petang ni nak g ambil. makcik tengok tak ramai yang pakai, jadi tak tau nak tnya sapa.
ak : ooowh... lama tak lama la jugak. ada la dalam 4tahun.. tapi hyundai punya tak tau la kuar lg ke tak. skg yang ada pun inokom.
.

agak panjang la perbualan ak dengan makcik tu. tetiba cousin kt sebelah tu nyampuk..

cousin : makcik, anak makcik laki ke pompuan...?
makcik : anak makcik lelaki. nk praktikal kt seremban. kira kereta tu nak bawak g seremban la... bla.. bla.. bla... takpe la. makcik pergi dulu la ye. maaf la kot makcik dh takutkan tadi. tetiba datang ketuk pintu. yela, selama ni nk tnya yang lain, kereta tengah berjalan. ni ada yang berenti makcik mai la tnya.. terima kasih la sangat.. ni adik ni duduk mana?

ak : takpe2.. hihihi... kami duduk jitra? makcik...?
makcik : owh. makcik kt simpang 4 tu..makcik balik dulu ye. assalamualaikum... (ak tak ingt taman yg makcik tu sebut )

masa makcik tu nk balik, terus cousin ak ni hulur tangan nk salam makcik tu.. ewah2... bukan main ko ek suraya.. dengar anak makcik tu laki terus ko jadi peramah...

tak lama lepas makcik tu beredar, mama ak pun muncul. ak trus story kisah yang berlaku td kt mama. ada ke patut cousin ak suruh g cari umah makcik tu.. hilang akai ke apa?? tp pendapat kami adalah sama. anak makcik tu mst ensem. tengok mak dia td pun lawa gak la.. muka bersih..
kalau dapat bertuah. lalalala

sekian...

p/s : makcik... getz agak kurang sesuai untuk anak lelaki makcik tu. sy syorkan bmw... getz tu bagi kat saya jelah.. hadiah sudi jd menantu makcik.. xoxo... :P

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khas Untukmu~

SALAM

ini adalah post istimewa buat seseorang yang jauh dimata tapi dekat dihati... bukan post membodek tapi datangnya ikhlas dari lubuk hati...

~SRI SARAH MAZNAH~
seorang gadis bijak, lincah dan ceria. ak kenal melalui seorang teman yang minta ak untuk temankan gadis ni waktu kelas tambahan sains masa form 3 dulu. bermula sebagai kawan biasa. yang makin lama ak anggap persis adik sendiri. mana tak nya, hampir stiap petang ak lepak dengannya. port wajib, restoran musri.

seorang yang sangat periang.. dalam class tak pernah serius. kalau buku rujukan biologi, ingat lagi dia akan highlight buku tu dengan 4wrna. konon senang baca n ingt... buku rujukan sejarah, siap yang bergambar n berwarna.. dalam class kalau tak lawan tampar n tumbuk tak sah. sampai lebam2 satu badan. waktu rehat, main tiang depan class. tak peduli mamat2 class atas dok tengok sampai penuh tangga. sebulan sekali serbu PIZZA HUT. masa nak kena oral test, buang story pasal choc. semangat bawak cadbury. tp teacher tak masuk. lastly, choc tu derma kt orang. kalau ak bosan kt umah, ak akan call dia. gayut sampai sakit telinga n lenguh badan. gelak langsung tak cover. sapa nk tengok kan?

bila hari yang ada tusyen, dia akan ikut balik rumah. mama slalu masak ikan stim. makan sambil borak. slagi ikan tak tinggal tulang, takkan stop. sampai tersadai badan.. patut la ak chubby masa zaman skolah dulu. haha..

seorang pink panther. stiap brg dia warna pink. beg, hp, pencil case, purse, jam. even pencil pun pink! sampai lama2 ak pun terikut.. so now uols dah tau dari mana ak jadi pinky maniac ni.. :P harus waktu kawin nnt pun tema pink. hehe...
tapi sayang... friendship tu tak mampu bertahan lama. salah ak sendiri. tak pe la. ak tak nak ungkit kisah sedih tu....

masa sekolah, dia semangat ak untuk belajar.. tapi bila kiorg krisis teruk, semangat tu turut terbang. ak masuk matrik, ak totally berubah. ego ak mudah jatuh. dan ak tak pernah rapat dengan mn2 kawan seperti mana ak rapat dengan sarah. sebab ak takut ak akn hilang sahabat tu lagi.

now, even kami dah back to normal, ak terpisah jauh beribu batu darinya. latest yang ak dapat tau dari dia, dia berjaya sambung Master in Business Admin kt Ohio University. facebook jadi perantara. masa awal2 susah nk berkomunikasi dengan dia. sebab ak malu dengan diri ak sendiri. banyak sangat dosa ak kat dia. hope dia sudi maafkan ak..


Muda dari ak, tp jauh dia tinggalkan ak... sometimes ak cuba menjadi diri ak yang dulu. tp susah. semangat yang hilang tu sukar untuk ak panggil balik. ak dapat balik sahabat ak tp ak tak mampu nk jadi ak yang dulu. kalau hidup ni ibarat roda, maka ak kini sedang berada di bawah. ntah bila ak akan berada di atas kembali...

to SARAH, thank you for everything, wish u all the best, i'm waiting for u to come home, i tak dapat tengok u grad, tp i nak u dtg masa i grad nnt. miss u so much. miss the oldies. muax~!

nota dari hati --> ak mampu hilang kekasih tapi ak tak mampu hilang dia.......

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4days 3nights in MELACCA

~SALAM~

isnin lepas ak, mama n aya dh ikut ayah ke melaka. ayah ada bengkel apa ntah. since tak duduk umh arwah nenek, ak pun teruja la nk ikut. ari2 ayah abeh keja kul 5-6. so tinggal la ak, mama n aya menghabiskan percutian kiorg.

DAY~1

merayau sehari suntuk di MAHKOTA PARADE. tp tak banyak pun shopping.. ak beli pot purri utk bilik, mama mcm biasa la kalau tak masuk area barang dapur tak sah~! melalak adalah wajib ye bagi saya dan sepupu saya ni~! cr body wash david beckham sign. tak jumpa. agak kuciwa di situ... huhu...

malam plak kiorg balik umah arwah nenek jap.. makan nasi n sambal kupang~! yummy weyh~! utih ak mmg pakar bab masak sambal kupang..
ohh, now family melaka sangat update. stiap orang tu ada netbook~! ak online stiap ari pun diorg tau. hampeh~! haa! siap dah pasang WIRELESS~!!!


DAY ~ 2..

pagi2 lagi dh naik van ke MELAKA CENTRAL. kul 11.30 dapat bas ke batu pahat.. tujuannya nk g melawat anty yang br bt operation lutut.. tp sampai sana, borak ngn cikgu muni je yang lebih. kebetulan si sasha pun ada sama. apa lg. karok lagi~! thanks to muni n sasha sb sudi belanja.. harap maaf sebab tarak pic untuk ditayang.. sb pic tersebut tidak sesuai utk tayangan ramai. TIPU~!


DAY~ 3..

hari ni dah plan awal nk naik MENARA TAMING SARI.. last balik melaka aritu nak naik tp sebab ramai sangat orang, terpaksa membatalkan niat. kat atas tu mcm, 'eh, cantik rupanya melaka ni..' hahah.. tp ak naik ptg. pg tu melepak kt JAYA JUSCO yang baru tu.. ni gak la first time ak naik bas bandar kt melaka ni. sapa yang dok melaka tu, bayangkan kalau berjalan dari MELAKA CENTRAL ke JAYA JUSCO?? boleh kurus ak cakap ko... tapi berbaloi sebab berjaya rembat kasut sepasang... lalalalala


turun dari MENARA TAMING SARI, ak merengek nk masuk dataran pahlawan. rupanya, tempat tu bulat. ak baru tau. huhu...
sempat gak la bt wax yang bentuk tangan tu... ingatkan lilin tu panas rupanya suam2 kuku jek....
then ayah n mama datang. mama shopping hadiah besday ayah. so jgn salah tafsir pic di bawah ini. ini beg shopping ayah saya~!


DAY ~ 4...

on the way balik tu, sempat singgah MITC.. berjaya jugak singgah even ayah dah bising nk balik cepat. dia bagi tempoh 30min je. tp silakan percaya 30min yang ayah bg tu. kiorg hentam shopping pai sejam~! banyak gak vantage yang kiorg beli. mugs, mangkuk n pe ntah lagi yang mama beli... yang best sampai umah baru sedo yang banyak mama beli. tengok mcm takde amik pape pun.. pandai mama sorok~!


nota penaja ---> walaupun kampung saya di Melaka TAPI percayalah yang saya tak habis pusing lagi Melaka tu.... huhuhuhuh
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS