RSS

DIA DATANG LAGI

AS-SALAM


malam ni umat Islam akan mula bertewarikh. sejujurnya, dah lama ak tak ke masjid2 atau surau2 untuk berjemaaah bersama yang lain. mungkinkah tahun ini ak akan melakukannya kembali.. InsyaALLAH...

tahun ini juga kali pertama menyambut Ramadhan dan Syawal nanti tanpa bapa saudara ku. masih terbayang Syawal tahun lalu sewaktu arwah masih ada.. pantasnya masa berlalu.. tiba-tiba hati ni menjadi sebak dan sayu. APAK.. TENANGLAH KAU DI SANA.. Al-Fatihah..

aktiviti bulan puasa kali ni agak berbeza dengan tahun sudah. pertama kali berpuasa penuh sebulan di rumah. kalau tak dah 4thn berpuasa di kampus. kena buat jadual harian yang baru la. lepas sahur kena terus berjaga untuk menyiapkan kerja2 yang masih bertimbun.. harap-harap sempat la siap sebelum raya.huuu... after raya boleh buat final editing.

banyak pulak rancangan sepanjang Ramadhan ni. nk buat cookies la, set cadar yang baru la. langsir utk ruang makan. ntah sempat, ntah tidak.. nasib langsir bilik ak ni dah ak siapkan awal2..
okey semua, selamat menyambut Bulan Ramadhan, selamat berpuasa, dan semoga Ramadhan kali ini akan membawa sinar keberkatan buat kita semua. jom sama2 kita menambahkan amalan dan ibadat kita.. :)
free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: