RSS

budi bahasa budaya kita



AS-SALAM
hello everyone. salam jumaat, salam penghulu segala hari.

okey. satu lagu entry panas. panas ke? tak kisah la. yang penting ak mengekspresikan perasaan hati ak.

here is the situation. korang ke kedai. kem
udian ada sorang pelanggan. muka ala-ala 'saya pelanggan, so ikut cakap saya'. dia tanya sesuatu kat sales person. muka kelat. apa perasaan korang?
jawapan ak :

weh, ko manusia, sales person tu pun manusia. tak boleh ke ko ramah sikit? tak boleh ke ko senyum sikit?? ko ingat muka ko lawa sangat ke dok masam2, berlagak macam tu?? silap2 ko makan sumpah seranah dalam hati dari orang tu.

apa faedah ko dapat dok buat berlagak tak tentu hala macam tu? tau la ko tu customer, which is always right. tapi kalau ko buat baik, ramah dengan orang, orang pun ikhlas nak membantu ko. ni tak. muka nak act sokmo. buat macam yang menjual tu hina sangat. or tak setaraf dengan ko.

pada ak, buat apa kaya kalau budi bahasa korang miskin. orang nak tambah kawan, supaya sentiasa didoakan baik2, ni tak, buat tambah modal orang mengata dan mengumpat. suka??

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? (Muslim:4995)

so ingat la. hidup ni macam roda. hari ni kita di atas, suatu ketika kita akan berada di bawah. saat kita berada di atas, jangan lupa untuk tengok orang yang berada di bawah. mungkin mereka memerlukan pertolongan kita..

tak selamanya kita hidup menongkat langit. siapa pun kita di dunia, kita sama disisi ALLAH SWT..

p/s : saya tak baik, tapi saya cuba memperbaiki kelemahan diri...



free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: