SALAM
first of all, as a disclaimer : apa yang ditulis adalah KOMEN aku sendiri. berdasarkan apa yang ak lihat dan ak alami. jangan nak kata ak menjatuhkan maruah bangsa or negara sendiri. tapi sebab ak sayang negara ak la ak luah. sekian.
tudiaa... bunyi serius je kan.. well, mmg serius. ak sedih kenapa mentaliti rakyat Malaysia sampai macam ni.
SAMPAH
yang ni yg paling teruk. tgk gambar pun jadi lah. susah sangat ke nak buka penutup tong tu? tak busuk pun. mencacatkan pemandangan dok letak plastik air tu ATAS tong sampah. yang second tu plak, apa punya pemalas la yang tak boleh nk berjalan 5LANGKAH untuk ke tong sampah. ak tak tau nak salah kan siapa. tapi kalau kawan2 ak tau perangai ak kalau diorg buang sampah merata. mama ak sanggup tilik tangan ak dengan lilin masa ak kecik2 dulu bila nampak ak buang sampah merata.
ak pernah travel ke luar negara. jauh beza dengan malaysia. tengok negara jiran Singapore pun jadi la. negara kecik, tapi nak jumpa sampah pun susah. rumput tu siap boleh baring lagi. tapi kalau Malaysia? taman permainan kanak2 pun dah macam tempat pembuangan sampah. salah siapa?? masa sekolah cikgu ajar ak rasa.
bayangkan tempat yang terang2 dah gtau JANGAN BUANG SAMPAH DISINI. tapi tempat tu jugak la berlungguk sampah. aik? buta hurufkah manusia tersebut??
MASA
yang ni satu hal lagi. jarang sangat ak dapat attend event yang betul-betul mula ikut masa. dah la ak ni malas nak menunggu. especially bila ak kena tunggu orang. tapi orang sekeliling ak suka sangat buat ak tunggu diorang. eh hello,, ko ingat ko puteri ke nak ak tunggu ko?? ni pun perangai yang ak warisi dari mama. mama sanggup hon keta bertubi2 kalau dia kena tunggu ak. bukan setakat tu, siap la ko kena perli. siapa member ak yang pernah tersentap?? TAHNIAH!
ko tak rasa bersalah ke buat orang tertunggu ko? kalau ak agak rasa la.. plus kalau g class lambat. confirm semua akan pandang ko semacam je.. mesti diorg rasa ko bangun lambat. terlepas sembahyang subuh. wee! terbaik!
bukan apa, campus life la tempat ko buat persediaan sebelum ko masuk ke alam kerjaya.now boleh la ko g class lambat, g meeting program lambat. tapi kalau ko dah kerja nanti, alamat tak lama la ko dekat company tu. hye hye bye bye. please put yourself in someone else shoe. rasa la ko..
OLDER FIRST
siapa yang naik kenderaan awam, bila ada orang yang lebih tua naik, takde seat, dia tak beralah pun. dengan alasan, ko nak g jauh, so kena duduk.??? mesti ramai.. tapi ramai jugak la yang ak jumpa, sanggup berdiri untuk bagi laluan pada yang lebih memerlukan.. lelaki pernah, perempuan pun pernah. may ALLAH bless u.. pada ak la, tak salah pun ko bagi orang yang lebih tua tu duduk. memang kejam la ko biar nenek tua tu berdiri dalam bas or lrt, putra, semua jenis pengangkutan awam yang boleh berdiri. bukan setakat orang tua, ibu mengandung, orang kurang upaya dan sewaktu dengannya. cuba korang bayangkan, betapa besar pahala yang korang dapat? lebih nikmat dari sakit kaki yang tak seberapa tu. tapi, RAMAI MANA YANG SEDAR???
okey, tu dulu. ak nak menyejukkan kepala otak ak... nasib la pada yang terasa.
0 comments:
Post a Comment