tetiba ak terkenang kn zaman sekolah rendah. so mlm ni ak nk bt satu karangan. tajuk karangan sy, 'KAWAN BAIK SAYA'.
Saya ada ramai kawan baik. nama mereka ialah NOOR HAZWANI, FARAHIYAH, NUR FARISSHA dan NUR FADZLIN NUR'AIN. Saya suka berkawan dengan mereke kerana mereka sangat baik dengan saya. Mereka selalu ada pada waktu saya susah, dan senang. Mereka selalu membuat saya ketawa hingga sering melenguhkan urat perut saya dengan telatah mereka yang gila-gila dan bak kata Farissha, 'kawan awak ni lucu la'.
Kawan saya yang kedua ialah FARAHIYAH. dia juga sudah berpunya. dia kak ngah saya disini. orangnya kecil molek, dan sering terlupa makan ubat sehingga selalu mencetuskan kontroversi dalam bilik ini. kerja part time kakak saya ini ialan ym dengan abang ipar dan bergayut pada dahan-dahan telekomunikasi. saya suka dia kerana dia selalu belikan saya sosej bakar, hehe, tak lah, saya suka dia kerana dia sangat lurus orang nya. so hobi saya ialah menyakat beliau.
Akhir sekali, teman saya dari sarawak. FARISSHA. comel tau kawan saya yang sorang ni. orangnya sangat manja. even saya ada kakak-kakak disini, tetapi farissha ni macam adik kami disini. telatah nya sering memecahkan tawa kami. dia suka tidur dengan lappy terbuka dan headphone dengan lagu terpasang sepanjang malam. dia ada impian. impian nya adalah menjadi anak raja. awek sorang tu telah berjaya melalui pelbagai pengalaman pertamanya semenjak mengenali saya dan waniey, antara nya ialah pertama kali menyanyi di KARAOKE BOX, tidak sikat rambut dan pelbagai lagi.
untuk semua kawan-kawan saya, terima kasih untuk persahabatan yang amat berharga ini. saya sayang kamu semua. kamu adalah harta yang amat bernilai dalam hidup saya. sekian, terima kasih.
1 comments:
suma dh brpunya ka?? huh melepas den...:p
Post a Comment