aku sayang kamu
kerana kamu pelangiku indah
kerana kamu hilang segala gundah.
kerana kamu langit hidupku semakin cerah
aku rindu kamu
pemisah kita jarak dan waktu
namun aku terus menunggu
menghitung tiap detik yang berlalu
untuk kita kembali bertemu
aku perlu kamu
tanpamu aku sunyi
tanpamu hidupku tiada erti
hadirmu peneman mimpi
membuai malam yang sepi
1 comments:
twillight....
Post a Comment