RSS

kamu dan fotografi



tajuk yang takde kaitan dengan entry...

now ramai btol yang terkena sindrom gila kamera kan? korang perasan tak?? dulu DSLR tu hanya dimiliki oleh insan2 yang terlibat dalam bidang seni grafik je. but now, even budak sekolah pun ada sebijik. yang ak pelik tu, punya la banyak digital camera yang comel2 kt pasaran. boleh sumbat terus masuk handbag, tapi yang gedabak tu jugak la yang menjadi pujaan hati..

ni kisah cousin ak yang sorang neh. dulu tak minat pun seni photography neh. tp since berkenalan dengan orang yang dlm field tersebut maka dengan tidak sengaja nya beliau telah jatuh hati dengan mr DSLR neh. dari takde camera, terus... nah ko.. mr nikon depan mata. dari belajar nak jadi cikgu, terus dapat job amik gambar kawen orang. kira nanti grad leh buat keja part time sambil mengajar anak murid. (cikgu kaunseling mengajar gak ke??) dari dulu yang g mana2 usung handbag, now usung gak. bukan handbag tp beg camera.

bila ak dengan dia, ak pun terikut suka dok amik gambar. kadang2 jadi model tak bertauliah. tp best. pada ak, ko nk amik gambar, amik je. tak memerlukan skill2 yang khusus. klu ko dalam bidang ni mmg la ko kna ada skill tu suma. tp kalau sebagai hobi, apa yang ko candid tu pun leh jadi sebagai seni dan koleksi. lagipun suma skill ni kan boleh belajar.

selalu gak ak terjah blog2 yang sediakan seni2 fotografi sebagai santapan mata. mmg ak salute la dengan diorg. benda kita anggap biasa pun blh jadi subjek. tengok gambar makanan pun boleh jadi lapar. klip baju pun leh jd subjek! motif???

fotografi dah jd satu hobi ikutan remaja sekarang. ok la tu dari diorg duduk melepak tak tentu hala kan? tapi kalau sambil melepak sambil ko mencari subjek, tu lagi sempoi. subjek pe? terpulang.. tapi kalau tanya mama ak, dia ada subjek yang agak menarik. biar lah rahsia......

tetiba ak berminat utk memiliki mr. nikon sebijik.

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

sue said...

aaa.suke amek gmbar gak

princess hearty said...

hehe... sama la kita..